Saturday 15 December 2012

warkah cinta berbau syurga

assalamualaikum...
dah lama aku tak mencoret kat laman blog aku nie..huhu
tau tak apa tajuk kat atas??? WARKAH CINTA BERBAU SYURGA. itu adalah salah satu nama novel yang aku teringin sangat nak baca.. dah lama aku mencari novel nie tapi tak jumpa2..hukhuk.. bila aku baca sinopsis nye cerita ini menarik sangat.. mengisahkan tentang cinta remaja islam di mesir. kisah tentang seorang mahasiswa Malaysia yang menuntut di Mesir iaiti Amir MUhklis,yang dibesarkan didalam kepompong agama yang kuat.. Amir diminati oleh Wardah iaitu sepupu kawan baiknya Rahim yang belajar di sekolah agama perempuan. Wardah sering mengutuskan surat kepada Amir melalui Rahim yang merupakan satu sekolah dengan Amir..
Lama-lama amir mengagumi peribadi Wardah yang tak pernah kenal erti jemu untuk meraih hatinya. sehinggalah Amir mendapat tawaran belajar di Mesir. tapi takdir telah menentukan Wardah dipaksa oleh bapanya supaya menerima lamaran Samsul,bapa Wardah memang tidak menyukai golongan agamawan kerana menyangka bahawa golongan ini tidak memberi kebahagiaan.. perkahwinan Wardah tidak bahagia sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.. setelah pemergian Wardah,Baru la Amir merasa kehilangan namun dia tetap redha.. Di Mesir, Amir Diminati oleh seorang wanita yang bernama Balqis. secara kebetulan Amir yang sering menyelamatkan Balqis jika Amir terlihat Balqis didalam masalah. Amir mula memikirkan untuk menerima Balqis kerana tidak mahu kenangan bersama wardah kembali lagi.. Namun,pada masa yang sama Balqis diminati pula oleh kawan baik Amir iaitu izzuddin dan pada masa yang sama Amir pula telah di sahkan menghidap barah otak. Hal ini telah menyebabkan Amir mengundurkan diri dan memberi peluang kepada Izzuddin merapati Balqis.. pengorbanan Amir dan ketabahan dia menentang penyakitnya telah menyebabkan aku tertarik dengan jalan ceritanya..huhu

  ha Kebetulan kat dalam tv tersiar pulak drama ini yang dilakonkan oleh Imam muda Nazrul dan juga heliza.. ceritanya memang best r.aku siap download lagi tue.. hahaha.  selepas je drama ini kuar,aku dapat tahu novel nie akan diterbitkan tak lama lagi..seronok sangat sebab bakal memiliki novel yang telah lama aku nanatikan..hehehe..
ok la sampai sini je coretan aku kali nie.. insyaAllah kalo panjang umur aku akan tulis lagi tuk story yang lain lak..hehehehe

Saturday 13 October 2012

Ya Allah,aku merinduinya

tergerak hati aku nak membaca blog hari nie dan aku terbaca blog adik sedara aku,dan aku membaca luahan hati dia...kasih seorang kakak tidak akan lupa kepada seseorang yang amat disayangi..

along,kakak pun rindu kat angah,kadang2 akak rasa baru semalam je semua kejadian baru berlaku sedangkan semuanya berlaku beberapa tahun yang lalu...

aku tak sangka dia akan pergi tinggalkan kami semua dulu.. bayangkan umurnya pada masa tu hanya 10 tahun sahaja... patutla masa tu aku langsung tak tergerak hati nak gi kelas tambahan,tiba-tiba sedang asyik aku tengok tv,datang jiran rumah aku kata syafiq jatuh sungai,pada mulanya aku tak percaya langsung,sehingga datang la ayah kawan aku,dia bertanyakan emak aku.. dia cakap yang anak cigu e jatuh sungai.. aku terus menjerit panggil mak aku,mak aku datang,aku bagitau dia,terus menangis.. mak aku naik dengan ayah kawan aku terus pergi ketempat kejadian..

aku sedih sangat,aku pergi pinjam telefon orang dan terus telefon ayah saudara aku.. bila dapat tahu saja diorang terus balik.. aku sedih sangat bila teringat perkara itu...

Ya Allah,aku mohon padamu rahmati la dan beri ketenangan kepada arwah adik saudara aku... 

aku merindui dia..
angah,kakak ngan along sangat rindu kat angah,semoga tenang rohmu disana... AMIN..

Friday 17 August 2012

NADA CINTA CERITA YANG PENUH DENGAN KERUMITAN TAPI ADA SATU PENGAJARAN

Assalamualaikum...
dah lama aku tak tulis blog kan???hehe
biasa la buzy sikit xde masa nak bukak internet..huhu..
bahkan nak bukak fb pun sampai xde masa...nasib baik la fb tak kena blog..hikhik..


ha mesti ramai yang tahu cerita nie kan??? hehe... 
ya Nada cinta, sinetron yang sedang ditayangkan di astro sekarang.. huhu
kalau dulu aku pernah cerita kan sal salah seorang pelakon dalam sinetron nie yang jarang kuar,tapi memiliki paras rupa yang ensem iaitu IWA RASYA sebagai BAGAS,tapi sekarang aku cerita kan sal pengajaran NADA CINTA...HAHAHA... HOPE KORANG TAK BOSAN LA...

takkan korang tak tahu kot,sinetron nie kan ramai membariskan pelakon lelaki yang boleh tahan gak hensem nye...hihhi..
Kadangkala bosan giler aku tengok ceritanya,korang nak tahu sebab pe???? sebab cerita nya dah la panjang sampai 244 wa cakap sama lu dah tue berbelit-belit la lak..ishk ishk...

dah tue cerita yang paling pelik aku tengok,adake patut orang yang dah mati leh hidup balik...
contohnya macam mak angkat CINTA iaitu Dian,yang mati bila dia nak bagitau perkara sebenar pada Faris perkara sebenar bahawa suaminya,DR ALVIN jahat yang telah menukar DNA NADA&CINTA supaya diorang disahkan bukan anak Faris...
tapi???
lepas je Dian di kebumikan boleh pulak malam tu suaminya datang balik dan gali kubur Dian pastu suntik la ubat,terus hidup Dian.. boleh lak cam tue??? kalo dah mati,mati je la..
selain tue yang aku pelik lagi nie, walaupun cerita kat tv x abis  lg,dan episod yang nie x ditayangkan lagi tapi aku dah tengok kat youtube,hehe..
kalo ikut kan CINTA dah mati sebab dia lambat tiba di hospital untuk pemeriksaan tp ntah cam ne kat akhir2 episod dia leh hidup balik n hilang ingatan lak??? dah sah2 aku tengok dia dimakamkan...
pelik x... tue la cerita indon..hikhik...
sebab tue la aku kata cerita nye dah berbelit..
jgn marah erk pengarah...
(kalo pengarah sinetron nie tengok abis aku)


Namun, walaupun berbelit tapi ada terselit pengajaran dalam sinetron cinta remaja nie..

pertama erti persahabatan
contohnya,macammana akrab nya persahabatan yang ditunjukkan oleh geng2 RICKY dan NADA yang sentiasa tolong menolong jika salah seorang ada masalah...
semasa mereka ada sesuatu majlis ada aje gangguan yang dilakukan oleh geng2 jahat yang di ketuai oleh MARTIN tapi pantas dihalang oleh RICKY,VITO,ALEX,BAGAS,BIMO,SATRIO,ANDRE,LUCKY,SETO,NADA,CINTA, RASTI,FLORA DAN JUGA SISKA...
mereka sentiasa bersatu walau apa yang berlaku...hehe

kedua kasih sayang
kasih sayang seoran ibu kepada anak-anaknya dan sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya walaupun terpaksa berkorban nyawa sekalipun...

erti percintaan sejati
erti percintaan sejati yang ada pada RICKY&NADA, VITO&FLORA, ALEX &RASTI, MARVIN&CINTA
WALAUPUN,nada dan cinta selalu dihina oleh orang lain yang mengatakan mereka anak haram namun ricky dan marvin tetap mempertahankan cinta mereka dan sanggup melakukan apa sahaja demi buah hati mereka..bahkan ricky sanggup membantah kata2 ibu abang iparnya yang telah menjaganya dari kecil yang tidak suka kepada nada,begitu juga dengan Marvin yang merupakan seorang putera raja yang sanggup belajar cara hidup rakyat biasa demi CINTA...

VITO pula sanggup menerima Flora walaupun Flora menghidap penyakit yang serius dan menemani Flora menjalani rawatan di Amerika,dan setelah sembuh dia tetap terus menjaga Flora... namun setelah abis sekolah dia terpaksa melepas kan flora pergi kerana bapa vito telah jatuh bankrap dan dia taknak flora hidup susah dan dia sanggup berpura-pura menjadi orang paling dibenci oleh Flora..

Alex pula sanggup berubah dari jahat kepada seorang yang baik demi cintanya kepada rasti..sebelum ini alex merupakan musuh utama ricky dan vito serta rakan2 lain tapi demi cinta dia sanggup berubah...

ha!!!!!!!itu lah sebahagian daripada pengajaran yang dapat kita ambil sebagai panduan..
kalo orang lain boleh melakukan kenapa kita x kan..
hehe
dah macam belajar sastera lak tentantg nilai kemasyarakatan lak...hehe..

okla sampai sini aje lah blog aku,hope korang tak bosan la erk,
aku nie tak berapa pandai nak menulis sebenornye..hehe
nie pun tengah2 nak mencuba je..hehe

ok lah
ASSALAMUALAIKUM
JUMPA LAGI

Thursday 31 May 2012

black datang kg aku kot...haha

Assalamualaikum..whas up2...haha...

aku dah lama x coret cerita nie..hehe
seperti kat tajuk diatas,
aku xsangka yang aku jumpa black kat kg aku..
nak tahu sebab apa black datang kg aku???
meh aku cite kan,
dia merupakan 2 pupu kawan baik aku..aku dah lama tahu dah diorang tu sepupu semenjak dari program mentor lagi..hehe..

Nak dijadikan cerita,
 pada hari sabtu 26.05.2012,aku pergi rumah kawan baik aku,nak tahu sebab apa??? sebab kat umah dia ada kenduri kawin kakak dia..
aku pergi ngan sorang lagi kawan baik aku..masa tu aku ngan kawan baik aku makan kat bahagian dalam rumah sebab kat luar penuh giler beb...huhu...aku tanya la member aku tu,black tak datang ke??? tapi dia cakap "opah Black bagitahu yang black sibuk xdapat nak datang.." 

lepas je kami makan kami terus masuk kedalam duduk la depan pelamin n saje2 ambik gmbr kat atas pelamin..hehe..pose sekejap.. 
macam gambar kat atas nie..hehe.. ada lagi gambar nye,haha








hehe.sweet x???
lepas je aku tangkap gambar kitorang duk la depan pelamin jap..
ha nie la cite nye,hehe..
sedang aku sembang-sembang ngan member aku nie, tiba2 kawan baik aku tuan nye rumah berlari mendapat kan aku dan mengatakan bahwa Black datang...apa lagi berlari la kitorang ke depan pintu memang ada black datang dengan family dia..seronok kitorang..

kalau korang nak tahu kecoh sekejap kg aku sebab black datang...
selepas black salam ngan tuan rumah,dia g makan la jap...
selepas dia makan ramai tul orang tangkap gambar ngan dia..kitorang pun nak gak,tapi segan..hehe.. sampai blck terpaksa g kat belakang rumah member aku lepak kat sana sebab nak elak dari orang2 yg suka dia kot...haha..gurau je...
tapi selepas pengantin lelaki datang rumah tue n nek atas pelamin barula black muncul kan diri dia..hehe..apalagi kitorang la lak ambik kesempatan nak tangkap gambar..hehe..
aku suruh kawan aku cakap kan, nasib baik la black nie sportin g banyak gambar kitorang tangkap..haha...












tapi kan?? haha yg paling  best nye
orang lain tangkap gmbar artis kat bawah ke atau kat tempat lain tapi aku ngan member aku tangkap gambar ngan Black kat atas pelamin lagi tue..haha..jangan marah peminat2 black erk..hehe..kitorang suka2 je..lagi pun dia pun xkisah masa tue..hikhik...kitorang lagi suka duk ngan artis kat atas pelamin walupun bukan aku nye pelamin...haha..






tue la gambarnye..hehe..bangga aku sekejap...apa2 pun aku tabik ngan black walaupun dia tu popular tapi dia x sombong pun..hehe..


ok la kawan2 sampai sini aje lah coretan aku..
aku akan sambung lagi nanti erk
ASSALAMUALAIKUM..


 

 

Saturday 5 May 2012

akhir nya aku dapat gak jumpa artis yang aku minat kat jom heboh..hehe

Assalamualaikum..
aku kembali lagi dengan coretan baru..hehe
walaupun agak terlambat aku nak cerita coretan nie pasal adik sedara aku dah cerita dulu,bukannya aku tak tulis tapi line x berapa clear la lak..hehe..lembab sikit..

tapi no hal aku tetap akan cerita kan sebab benda nie pun masih baru lagi n fresh lagi..haha..

Korang tau x pasal karnival jom heboh??? ala yang tv3 wat tue,selama nie aku tak kesempatan nak pergi,sebab diorang jarang wat kat Perak..hukhuk
tapi baru2 nie mereka telah menganjurkan karnival jom heboh kat Perak la... nak tahu bila berlangsung nya jom heboh tue.. dia berlangsung pada hari sabtu dan ahad minggu lepas,tapi aku just pergi hari ahad je,sebab hari sabtu aku keje kan...aku sanggup suruh abang aku jadi driver aku..hehe..gara2 nak tengok artis la katakan...yang pergi masa tu, aku,best friend aku,dua orang adik sedara aku,abang aku n lastly awek abg aku,dia pun nak g gak...

Tapi kalau korang nak tahu aku ngan member aku nak pergi tengok jom heboh tue sebenar nya nak tengok zizan Raja lawak sebab dia kan hos melodi n kebetulan hari tue lak melodi wat live kat Perak;tue yg kitorang nak g tue... Tapi sedih bila kitorang dah sampai kat tempat melodi tu yang kami dengar bukannye suara zizan tp Wahid senario..sedih sangat, dan kami dapat tahu bahawa zizan sakit dan dimasukkan ke hospital.. tak dapat la aku nak jumpa dia..hukhuk..tapi apa2 pun aku harap zizan cpt sembuh dan dapat berhibur seperti biasa...
 
berbalik kepada jom he boh tadi..hehe.. walaupun kitorang tak dapat jumpa zizan, tapi aku dapat jumpa artis lain yang aku minat gak.. 

Dekat jom heboh hari tu aku seronok sangat dapat berjumpa dengan salah sebuah kumpulan nasyid popular di Malaysia,kumpulan nie memang aku nak sangat jumpa, dari mula-mula diorang menceburi diri dalam nasyid lagi...korang nak tahu kumpulan apa?? meh aku tunjukkan...korang perhatikan gambar di bawah nie..hehe..










ha tu la dia kumpulan nasyid yang aku minat..kumpulan UNIC.. tapi hari tue hanya dua orang je yang dapat datang coz sorang lagi terpaksa pulang ke JOHOR sebab anak nya ada masalah kesihatan.. tapi xpe sebab diorang tetap menghibukan..hehe.. aku memang minat ngan dioran semenjak 2001 lagi,masa tu diorang baru je menubuhkan kumpulan nie,diorang di bawah  naungan HIJJAZ RECORDS..  anggota asal kumpulan nie dulu IALAH MOHAMAD FITRI,BAZLI HAZWAN,WAN SHARIFUDDIN DAN AFFANDI.. lagu2 yang menaikkan nama mereka untuk album yang pertama ialah HANYA TUHAN YANG TAHU DAN JUGA JALINAN..

NAMUN, album kedua salah seorang anggota mereka iaitu fendi telah menarik diri dari kumpulan atas sebab apa WALLAHUALAM la erk..anggota tue terus digantikan dengan anggota baru iaitu MOHAMAD HAFIZ HAMIDUN, Mereka terus merakam lagu-lagu nasihat dalam album kedua seperti REMAJA,ZINNIRAH, SEE YOU DI IPT DAN JUGA DEMI CINTA SUCI..diorang nie sesuai dengan nama kumpulan mereka iaitu UNIC sebab setiap kali album baru mesti akan ada muka2 baru yang muncul,untuk album ketiga MOHD FADHLI telah menggantikan WAN SHAH.. dan untuk album keempat pulak Hafiz pula keluar dan di gantikan dengan SYED AZLAN,album kelima mereka masih menggunakan kekal kan orang yang sama TETAPI untuk Album Seterus nya, Anggota Asal Kumpulan Ini iaitu FITRI pula mengundurkan diri atas sebab2 tertentu dan digantikan dengan Fakhrul..korang tau x Fakhrul Nie sape,ha Fakhrul Nie sebenarnya juara AKADEMI ALQURAN musim ketiga..suara dia kalau mengaji sedap gila kot..hehe.. eh Lupa lak Azlan pun mengundurkan diri juga dari UNIC selepas FITRI..sekarang UNIC kekal bertiga sahaje..maybe dirang dah fed up kot asyik keluar masuk je..hahaha..

gambar nie kenangan aku ngan sepupu aku tangkap gambar dengan bazli dan Juga Fakhrul,erk...hehe..jangan jealous...aku siap dapat autograf diorang lagi..huhu






 

ha artis seterusnya aku dapat tangkap gambar n aku pun minat gila dengan mereka nie gak..hehe.nak tahu sape??? 
ha lihat nie lak..




ha kenal x sape nie???? takkan xkenal antara pelakon popular di Malaysia,
kamal adli..ala pelakon apa celop..masa kami jumpa dia kat booth aksi,wau hensem gila kot...dia layan peminat nye dengan ramah n dia langsung x sombong....hehe




sebelum aku perkenalkan dia ni, aku nak tanya dulu korang tau x atau pernah tengok cite CINTA BUAT EMELDA??? ha dia nie merupakan salah seorang pelakon dalam drama tue la... nama nya AMRAN ISMAIL dan dia lah yang bawak watak sebagai EMERIZ..ala yang sebagai adik Emelda tue... fuh!! masa kat sana dia memang hensem n macho sekali...dia pun peramah sangat..tapi kan ada 1 gambar yang wat aku jealous sangat masa dia wat love dengan adik sepupu aku...aduh x boleh jadi nie..hehe..
korang nak tengok gambar nya x??



ha gambar ini lah aduh bentuk love tue..tapi xpela...xpe2 asal kan dapat jumpa AMRAN ISMAIL..hehe..



ha nie lak gambar aku dan sepupu dengan eira syazira serta kamal faridz...
eira lawa n kamal faridz pun nsem gak..hehehe... tapi aku x berapa senyum la masa nie..xtau la nape..aduh...hehe



ok la sampai sini aje coretan aku...dah xtau nak cite pe lagi..hehe...hmmm kita jumpa lagi dalam coretan akan datang...
wasalam..  

Saturday 21 April 2012

3 NINJAS MOVIE PALING BEST YANG AKU SUKA

rasanya dah agak lama juga aku x tulis blog nie kan?? hehe.. bukannya aku xnak tulis tapi dah xde idea aku nak ceritakan...hehe..
tapi sekarang aku kembali untuk memperbaharui ruangan blog aku nie..hehe..

Aku nie sebenarnya bukan minat sangat cerita orang putih,cuma ada sesetengah cerita je yang aku minat..lebih2 lagi cerita yang bakal aku coret nie...cerita nie dah lama x ditayangkan kat televisyen,genre cerita ini komedi dan aksi..
dah lama sangat aku cari cerita nie,lama sangat..tapi ntah macam mana masa aku tengah layan google,aku terfikir untuk menaip tajuk ninja kids,banyak juga la yang keluar tapi kebanyakannya cerita jepun dan cerita2 baru sedangkan yang aku cari cerita english dan juga cerita lama..aku cari lagi dan aku terjumpa tajuk 3 ninjas. aku klik kat tajuk 2 dan akhirnya keluarlah gambar 3 orang budak yang menunjukkan aksi seni pertahankan diri mereka..korang nak tahu cerita pe yang aku maksudkan?? moh aku cedritakan..hehe


korang ingat tak lagi tajuk movie kat atas??? 3 ninjas lakonan Michael Treanor sebagai (ROCKY),Max Elliot Slade sebagai COLT dan Chad Power sebagai TUM TUM..

Cerita ini mengisahkan tentang 3 orang adik beradik iaitu Samuel Douglas JR yang sulung,Jeffrey Douglas yang kedua dan Michael Douglas yang bongsu.. Namun,nama mereka ditukarkan kepada nama ninja iaitu ROCKY, COLT DAN TUM TUM oleh datuk mereka MORI TANAKA seorang bekas ninja dan juga merupakan guru yang mengajar mereka taekwondo,karate dan juga aksi ninja nijitsu.. Rocky merupakan seorang yang sabar dan bertanggungjawab,Colt pula seorang yang agak panas baran dan tidak suka di cabar namun sentiasa mendengar kata-kata abangnya manakala Tum Tum pula seorang nakal,ceria dan manja disamping abang2 nya..
Mereka juga memiliki wajah yang hensem dan comel lebih2 lagi ROCKY..hehe..Colt boleh la tahan n Tum tum lak wajah dia cute..tp kredit tuk ROCKY la..hehehe.. 


cerita nie sebenarnya mempunyai 4 sekuel iaitu 3 NINJAS,3 NINJAS KICK BACK,3 NINJAS KNUCKLE UP DAN 3 NINJAS HIGH NOON AT MEGA MOUNTAIN..


                      sekuel yang pertama

                         3 ninjas (1992)






 tapi untuk movie 3 ninjas Kick back Michael Treanor yang memegang watak Rocky dan Chad Power yang memegang watak Tum Tum tidak berlakon dan di gantikan dengan pelakon Sean Fox sebagai Rocky dan J.Evan Bonifant sebagai Tum tum, maybe masa nie michael treanor ngan Chad power ada komitmen lain kot,just max elliot slade je yang still pegang watak colt.. apa2 pun  Sean ngan J.Evan ok gak bawa watak nie..hehehe

                         sekuel kedua
                       3 ninjas kick back
                             (1994)


 ha untuk sekuel ketiga iaitu 3 ninjas knuckle up michael treanor dan Chad power kembali balik memegang watak mereka kembali iaitu Rocky dan juga Tum Tum, mereka bergandingan kembali bersama Max Elliot slade dalam 3 ninjas.. hensem gila kot ROCKY..hehe..sempat lagi aku..haha...dalam sekuel nie mereka menyelamatkan puak red indian dari di tindas oleh orang Jahat.. mereka cuba menyelamatka ketua puak red indian yang  merupakan ayah kepada Jo yang merupakan kawan kepada Rocky,Colt dan Juga Tumtum,kalau anda nak tahu Jo juga gadis yang paling Colt suka..haha.. dalam sekuel nie juga Rocky,Colt dan Tum Tum juga buat tarian seni pertahankan diri semasa pesta di kampung Jo..

                          sekuel ketiga 
                       3 ninjas knuckle up 
                              (1995) 




Tapi untuk sekuel terakhir ketiga-tiga pelakon utamanya ditukar digantikan dengan mathew botuchis as rocky,michaek o'laske as colt dan james paul roeske as tumtum.. cuma datuk nye mori tanaka dan mak bapak diorang je yang masih kekal.. maybe pengarah nya nak wat kelainan kot..nak menunjukkan diorang masih dewasa  tapi untuk sekuel yang ini x berapa best kerana adegan lawan nya agak kurang dan rocky pun macam dah tak selalu ngan adik2nya..huhu..

                         sekuel keempat
                  High noon at mega mountain
                             (1998) 
  
tapi sekuel 3 ninjas nie memang menarik bukan kerana pelakon nya ada rupa je tapi kerana aksi mereka pertahankan diri pun bergaya..tapi dalam banyak2 pelakon dalam 3 ninjas nie aku just like pelakon asal nye je iaitu MICHAEL TREANOR,MAX ELLIOT SLADE DAN JUGA CHAD POWER.. Ini kerana mereka yang memulakan cerita 3 ninjas tue..hehe..

aku cari maklumat mereka bertiga dalam google baru2 nie, aku dapat tahu mereka nie memang pemegang tali pinggang hitam dalam taekwondo dan juga karate.. jadi xheran le kalau pengarah pilih diorang nie untuk menerajui 3 ninjas.. patut la aku tengok gaya mereka tak kaku langsung dan tak de cacat celanya..mereka memang dah ada seni pertahan diri sejak dari kecil lagi kot..haha.. gaya mereka memang nampak sharp dan kemas sangat..

tapi cerita nie memang dah lama sangat pun dan mereka nie pun dah besar dan ada yang tak berlakon lagi pun.. masa cerita nie ditayangkan pun aku kecik lagi pun.. tapi still ingat lagi..

ha korang nak tahu x wajah diorang sewaktu diorang kecil dan dewasa.
korang tengok betul2 kat bawah nie..hehe:






                MICHAEL TREANOR
                      AS
                     ROCKY 
              yang paling hensome


MAX ELLIOT SLADE
AS
COLT
yang kedua hensome





CHAD POWER
AS 
TUM TUM
yang comel n nakal





Berbeza kan wajah2 mereka..hehe..tapi memang la bebeza sebab masa diorang berlakon diorang still kecil lagi sekarang nie diorang dah besar dan diorang munkin dalam lingkungan 3o an dan lewat 20 an...tapi diorang still hensem lagi kan..hehehe..just kidding

Tapi dalam banyak2 cerita, cerita ini lah yang paling aku minat sebab kisah kanak2 yang membantu orang yang lemah dengan kelebihan yang mereka ada iaitu seni pertahan kan diri.. so sweet..

 aku juga akan sertakan gambar2 diorang yang hensem dan comel nie..hehe.





ok lah nampak gayanya nie je la cerita aku tuk hari ini nanti kalau ada lg aku akan ceritakn untuk tulisan seterusnya..hehe..
dah lama aku tak tulis blog dan bila aku tulis ha ambik ko panjang berjela aku bagi..haha..
yang pasti 3 ninjas siri memang the best dan lakonan kanak2 yang terbaik..

ok la aku chow dulu
jumpa lagi tuk tulisan yang akan datang..
aku harap sangat mana2 siaran televisyen akan tayang kan keempat2 sekuel ini kembali..hehe..
  







Tuesday 6 March 2012

UNTUK KAWAN-KAWAN AKU BFF FOREVER

Dengarkan kerinduan di lautan memori
Mengintai kenangan indah
Yang menyentuh emosi
Masih segar diingatan
Hadirmu bawa sinar cahaya impian

Sahabat,
Kau sesungguhnya
Temanku dikala suka & lara

Tikaku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan
Untukku ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan
namun tiada noktah kasih,
Biar lama ku menentukan
nilai ukhuwwah yang terjalin,
Teruskan perjuangan
ke titisan darah terakhir

Dan aku,
masih disini terus mendaki
puncak tertinggi hidupku...
Dan aku,
terus menanti saat yang manis
akan berulang kembali...
SAHABAT...


KAU KAWAN TEMAN DAN SAHABAT
Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Huuuu....aaaaa.....

(ulang dari mula)

Kuasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama