tergerak hati aku nak membaca blog hari nie dan aku terbaca blog adik sedara aku,dan aku membaca luahan hati dia...kasih seorang kakak tidak akan lupa kepada seseorang yang amat disayangi..
along,kakak pun rindu kat angah,kadang2 akak rasa baru semalam je semua kejadian baru berlaku sedangkan semuanya berlaku beberapa tahun yang lalu...
aku tak sangka dia akan pergi tinggalkan kami semua dulu.. bayangkan umurnya pada masa tu hanya 10 tahun sahaja... patutla masa tu aku langsung tak tergerak hati nak gi kelas tambahan,tiba-tiba sedang asyik aku tengok tv,datang jiran rumah aku kata syafiq jatuh sungai,pada mulanya aku tak percaya langsung,sehingga datang la ayah kawan aku,dia bertanyakan emak aku.. dia cakap yang anak cigu e jatuh sungai.. aku terus menjerit panggil mak aku,mak aku datang,aku bagitau dia,terus menangis.. mak aku naik dengan ayah kawan aku terus pergi ketempat kejadian..
aku sedih sangat,aku pergi pinjam telefon orang dan terus telefon ayah saudara aku.. bila dapat tahu saja diorang terus balik.. aku sedih sangat bila teringat perkara itu...
Ya Allah,aku mohon padamu rahmati la dan beri ketenangan kepada arwah adik saudara aku...
aku merindui dia..
angah,kakak ngan along sangat rindu kat angah,semoga tenang rohmu disana... AMIN..
No comments:
Post a Comment