tapi sekarang aku kembali untuk memperbaharui ruangan blog aku nie..hehe..
Aku nie sebenarnya bukan minat sangat cerita orang putih,cuma ada sesetengah cerita je yang aku minat..lebih2 lagi cerita yang bakal aku coret nie...cerita nie dah lama x ditayangkan kat televisyen,genre cerita ini komedi dan aksi..
dah lama sangat aku cari cerita nie,lama sangat..tapi ntah macam mana masa aku tengah layan google,aku terfikir untuk menaip tajuk ninja kids,banyak juga la yang keluar tapi kebanyakannya cerita jepun dan cerita2 baru sedangkan yang aku cari cerita english dan juga cerita lama..aku cari lagi dan aku terjumpa tajuk 3 ninjas. aku klik kat tajuk 2 dan akhirnya keluarlah gambar 3 orang budak yang menunjukkan aksi seni pertahankan diri mereka..korang nak tahu cerita pe yang aku maksudkan?? moh aku cedritakan..hehe
korang ingat tak lagi tajuk movie kat atas??? 3 ninjas lakonan Michael Treanor sebagai (ROCKY),Max Elliot Slade sebagai COLT dan Chad Power sebagai TUM TUM..
Cerita ini mengisahkan tentang 3 orang adik beradik iaitu Samuel Douglas JR yang sulung,Jeffrey Douglas yang kedua dan Michael Douglas yang bongsu.. Namun,nama mereka ditukarkan kepada nama ninja iaitu ROCKY, COLT DAN TUM TUM oleh datuk mereka MORI TANAKA seorang bekas ninja dan juga merupakan guru yang mengajar mereka taekwondo,karate dan juga aksi ninja nijitsu.. Rocky merupakan seorang yang sabar dan bertanggungjawab,Colt pula seorang yang agak panas baran dan tidak suka di cabar namun sentiasa mendengar kata-kata abangnya manakala Tum Tum pula seorang nakal,ceria dan manja disamping abang2 nya..
Mereka juga memiliki wajah yang hensem dan comel lebih2 lagi ROCKY..hehe..Colt boleh la tahan n Tum tum lak wajah dia cute..tp kredit tuk ROCKY la..hehehe..
cerita nie sebenarnya mempunyai 4 sekuel iaitu 3 NINJAS,3 NINJAS KICK BACK,3 NINJAS KNUCKLE UP DAN 3 NINJAS HIGH NOON AT MEGA MOUNTAIN..
sekuel yang pertama
3 ninjas (1992)
tapi untuk movie 3 ninjas Kick back Michael Treanor yang memegang watak Rocky dan Chad Power yang memegang watak Tum Tum tidak berlakon dan di gantikan dengan pelakon Sean Fox sebagai Rocky dan J.Evan Bonifant sebagai Tum tum, maybe masa nie michael treanor ngan Chad power ada komitmen lain kot,just max elliot slade je yang still pegang watak colt.. apa2 pun Sean ngan J.Evan ok gak bawa watak nie..hehehe
sekuel kedua
3 ninjas kick back
(1994)
ha untuk sekuel ketiga iaitu 3 ninjas knuckle up michael treanor dan Chad power kembali balik memegang watak mereka kembali iaitu Rocky dan juga Tum Tum, mereka bergandingan kembali bersama Max Elliot slade dalam 3 ninjas.. hensem gila kot ROCKY..hehe..sempat lagi aku..haha...dalam sekuel nie mereka menyelamatkan puak red indian dari di tindas oleh orang Jahat.. mereka cuba menyelamatka ketua puak red indian yang merupakan ayah kepada Jo yang merupakan kawan kepada Rocky,Colt dan Juga Tumtum,kalau anda nak tahu Jo juga gadis yang paling Colt suka..haha.. dalam sekuel nie juga Rocky,Colt dan Tum Tum juga buat tarian seni pertahankan diri semasa pesta di kampung Jo..
sekuel ketiga
3 ninjas knuckle up
(1995)
Tapi untuk sekuel terakhir ketiga-tiga pelakon utamanya ditukar digantikan dengan mathew botuchis as rocky,michaek o'laske as colt dan james paul roeske as tumtum.. cuma datuk nye mori tanaka dan mak bapak diorang je yang masih kekal.. maybe pengarah nya nak wat kelainan kot..nak menunjukkan diorang masih dewasa tapi untuk sekuel yang ini x berapa best kerana adegan lawan nya agak kurang dan rocky pun macam dah tak selalu ngan adik2nya..huhu..
sekuel keempat
High noon at mega mountain
(1998)
tapi sekuel 3 ninjas nie memang menarik bukan kerana pelakon nya ada rupa je tapi kerana aksi mereka pertahankan diri pun bergaya..tapi dalam banyak2 pelakon dalam 3 ninjas nie aku just like pelakon asal nye je iaitu MICHAEL TREANOR,MAX ELLIOT SLADE DAN JUGA CHAD POWER.. Ini kerana mereka yang memulakan cerita 3 ninjas tue..hehe..
aku cari maklumat mereka bertiga dalam google baru2 nie, aku dapat tahu mereka nie memang pemegang tali pinggang hitam dalam taekwondo dan juga karate.. jadi xheran le kalau pengarah pilih diorang nie untuk menerajui 3 ninjas.. patut la aku tengok gaya mereka tak kaku langsung dan tak de cacat celanya..mereka memang dah ada seni pertahan diri sejak dari kecil lagi kot..haha.. gaya mereka memang nampak sharp dan kemas sangat..
tapi cerita nie memang dah lama sangat pun dan mereka nie pun dah besar dan ada yang tak berlakon lagi pun.. masa cerita nie ditayangkan pun aku kecik lagi pun.. tapi still ingat lagi..
ha korang nak tahu x wajah diorang sewaktu diorang kecil dan dewasa.
korang tengok betul2 kat bawah nie..hehe:
MICHAEL TREANOR
AS
ROCKY
yang paling hensome
MAX ELLIOT SLADE
AS
COLT
yang kedua hensome
CHAD POWER
AS
TUM TUM
yang comel n nakal
Berbeza kan wajah2 mereka..hehe..tapi memang la bebeza sebab masa diorang berlakon diorang still kecil lagi sekarang nie diorang dah besar dan diorang munkin dalam lingkungan 3o an dan lewat 20 an...tapi diorang still hensem lagi kan..hehehe..just kidding
Tapi dalam banyak2 cerita, cerita ini lah yang paling aku minat sebab kisah kanak2 yang membantu orang yang lemah dengan kelebihan yang mereka ada iaitu seni pertahan kan diri.. so sweet..
aku juga akan sertakan gambar2 diorang yang hensem dan comel nie..hehe.
ok lah nampak gayanya nie je la cerita aku tuk hari ini nanti kalau ada lg aku akan ceritakn untuk tulisan seterusnya..hehe..
dah lama aku tak tulis blog dan bila aku tulis ha ambik ko panjang berjela aku bagi..haha..
yang pasti 3 ninjas siri memang the best dan lakonan kanak2 yang terbaik..
ok la aku chow dulu
jumpa lagi tuk tulisan yang akan datang..
aku harap sangat mana2 siaran televisyen akan tayang kan keempat2 sekuel ini kembali..hehe..
No comments:
Post a Comment