Saturday, 15 December 2012

warkah cinta berbau syurga

assalamualaikum...
dah lama aku tak mencoret kat laman blog aku nie..huhu
tau tak apa tajuk kat atas??? WARKAH CINTA BERBAU SYURGA. itu adalah salah satu nama novel yang aku teringin sangat nak baca.. dah lama aku mencari novel nie tapi tak jumpa2..hukhuk.. bila aku baca sinopsis nye cerita ini menarik sangat.. mengisahkan tentang cinta remaja islam di mesir. kisah tentang seorang mahasiswa Malaysia yang menuntut di Mesir iaiti Amir MUhklis,yang dibesarkan didalam kepompong agama yang kuat.. Amir diminati oleh Wardah iaitu sepupu kawan baiknya Rahim yang belajar di sekolah agama perempuan. Wardah sering mengutuskan surat kepada Amir melalui Rahim yang merupakan satu sekolah dengan Amir..
Lama-lama amir mengagumi peribadi Wardah yang tak pernah kenal erti jemu untuk meraih hatinya. sehinggalah Amir mendapat tawaran belajar di Mesir. tapi takdir telah menentukan Wardah dipaksa oleh bapanya supaya menerima lamaran Samsul,bapa Wardah memang tidak menyukai golongan agamawan kerana menyangka bahawa golongan ini tidak memberi kebahagiaan.. perkahwinan Wardah tidak bahagia sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.. setelah pemergian Wardah,Baru la Amir merasa kehilangan namun dia tetap redha.. Di Mesir, Amir Diminati oleh seorang wanita yang bernama Balqis. secara kebetulan Amir yang sering menyelamatkan Balqis jika Amir terlihat Balqis didalam masalah. Amir mula memikirkan untuk menerima Balqis kerana tidak mahu kenangan bersama wardah kembali lagi.. Namun,pada masa yang sama Balqis diminati pula oleh kawan baik Amir iaitu izzuddin dan pada masa yang sama Amir pula telah di sahkan menghidap barah otak. Hal ini telah menyebabkan Amir mengundurkan diri dan memberi peluang kepada Izzuddin merapati Balqis.. pengorbanan Amir dan ketabahan dia menentang penyakitnya telah menyebabkan aku tertarik dengan jalan ceritanya..huhu

  ha Kebetulan kat dalam tv tersiar pulak drama ini yang dilakonkan oleh Imam muda Nazrul dan juga heliza.. ceritanya memang best r.aku siap download lagi tue.. hahaha.  selepas je drama ini kuar,aku dapat tahu novel nie akan diterbitkan tak lama lagi..seronok sangat sebab bakal memiliki novel yang telah lama aku nanatikan..hehehe..
ok la sampai sini je coretan aku kali nie.. insyaAllah kalo panjang umur aku akan tulis lagi tuk story yang lain lak..hehehehe